Mahukah anda gandakan kebolehan anak-anak anda untuk MENGINGAT & MENGHAFAL apa yang mereka pelajari sehingga 3 ke 5 kali ganda lebih baik?

Baru! 19 & 26 Julai 2009

Berita HEBAT! Pendaftaran sebelum 15hb Julai 2009 akan menerima sebuah buku SmartStudy terbaru 'Tenang menjawab soalan peperiksaan' oleh Osman Affan.

 

TERHAD kepada 25 orang peserta sahaja!

 

Tahukah anda
Jika anak-anak anda belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya dalam masa hanya 2 hari?
Menurut kajian Psikologi, nombor adalah perkara yang paling susah dihafal. (Patutlah anak-anak kita begitu sukar untuk menghafal tarikh semasa belajar Sejarah)
Tahap kecerdasan dan kebijaksanaan anak-anak kita selalunya diukur dengan melihat sejauh mana mereka boleh ingat apa yang telah dipelajari. Semakin tinggi kebolehan menghafal, mereka kelihatan lebih bijak dan cerdas.
Anak-anak mudah putus-asa dan lemah semangat jika mereka asyik lupa apa yang telah dipelajari. Akibatnya mereka menyangka bahawa mereka itu bodoh.
Mudah mengingat adalah satu teknik yang boleh dipelajari dan dikuasai. Ia sama seperti belajar menunggang basikal. Mula-mula kekok tetapi lama-kelamaan jadi biasa.

 

 

Jika anda benar-benar mahu anak-anak anda mudah ingat apa yang dipelajari, apakah yang boleh anda lakukan?

 

 

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Apa khabar semua? Saya Osman Affan, 'Professional Trainer' dalam bidang Motivasi dan teknik Belajar.

Saya ingin beritahu anda bahawa, jika anak-anak selama ini anda rasa mereka tidak ada potensi untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, anda tidak perlu rasa terlalu sedih atau risau.

Jika anak-anak anda rasa otak mereka lemah, daya ingatan kurang, daya konsentrasi terhad dan bakat terbatas, anda tidak perlu risau juga.

Apa yang anak-anak anda rasakan itu semua hanyalah di dalam minda mereka sahaja.

Satu BERITA GEMBIRA untuk anda, keputusan peperiksaan anak-anak anda selama ini atau di dalam kelas mana mereka berada di sekolah tidak menggambarkan potensi sebenar diri mereka .Anda perlu sedar bahawa potensi anak-anak anda untuk berjaya adalah lebih tinggi daripada apa yang anda sangkakan selama ini.

Di dalam kursus ini, saya akan kongsikan bersama anak-anak anda beberapa teknik dan cara yang boleh membuktikan bahawa anda juga berpotensi untuk menjadi pelajar yang sangat cemerlang.

Saya doakan kejayaan anda dan Insyaallah kita akan bertemu nanti.

 

Osman Affan
BA(HONS) Accounting & Finance
Uni. Of Plymouth, UK
Master of Education
(Counseling & Guidance)
Uni. Islam Antarabangsa, Gombak

 

Osman Affan menganjurkan kursus 1 Hari

SmartStudy MEMORY Skills

"Mengingat dan menghafal apa yang dipelajari menjadi begitu MUDAH dan BERKESAN"

 

 

 

 

 

 

Program ini dibuka untuk sekolah rendah (tahun 4-6) dan sekolah menengah (tingkatan 1-6) Program akan dijalankan serentak di mana pelajar sekolah rendah dan menengah belajar bersama. Tidak ada masalah yang akan timbul kerana teknik ini boleh diaplikasi kepada setiap tahap pendidikan.

Tentatif program sehari ini adalah seperti berikut:

 

8.30 a.m - 9.00 a.m

 

Pendaftaran peserta

9.00 a.m - 10.30 a.m
Bahagian 1: Bina minda pelajar cemerlang

 

  • Menulis matlamat - membuka minda pelajar dengan menghapuskan rasa tidak yakin diri disebabkan kegagalan yang lalu.
  • Teknik asas memori - mengenali dan menguasai 4 teknik asas memori yang boleh digunakan semasa belajar di sekolah.
  • Cerita Kreatif - mendalami teknik meningkatkan kreativiti minda dalam menghafal sesuatu yang sedang dipelajari.
  • Teknik-teknik bagaimana pakar memori dunia boleh mengingat sesuatu dengan lebih mudah dan berkesan.

10.30 a.m - 10.50 a.m

Minum pagi
10.50 a.m - 1.00 p.m
Bahagian 2: SmartStudy Memory Skill (Part 1)

 

  • Teknik menghafal formula - teknik menghafal formula yang banyak dan mudah dilupakan.
  • Teknik menghafal sifir - teknik menghafal sesuatu dalam kuantiti yang banyak dan mengelirukan.
  • Teknik menghafal rajah - teknik menghafal nama-nama pelik dalam subjek Sains atau apa-apa subjek lain.
  • Latihan individu dan dalam kumpulan.

1.00 p.m - 2.15 p.m

Makan tengahari. Solat Zuhur
2.15 p.m - 4.30 p.m
Bahagian 3: SmartStudy Memory Skill (Part 2)

 

  • Flash Card - menguasai teknik menghasilkan Flash Card (Kad Imbas) untuk menghafal sesuatu dengan pantas dan berkesan.
  • Nombor ceria- menguasai teknik menghafal nombor
  • Latihan dalam kumpulan

4.30 p.m - 4.45 p.m

Minum petang.
4.45 p.m - 6.00 p.m
Bahagian 4 : Teknik konsentrasi

 

  • Gaya Belajar - mengenali Gaya Belajar individu agar proses memahami dan menghafal sesuatu menjadi lebih mudah dan pantas.
  • Halangan Minda - Teknik bagaimana menghapuskan rasa tidak yakin diri dalam menghafal sesuatu.

 

 
 

 

Mengapa program Teknik Memori ini sangat berguna?

 
Contoh-contoh yang digunakan adalah diambil daripada sukatan pelajaran sekolah rendah dan menengah. Jadi pelajar boleh aplikasikan teknik ini serta-merta.
 
Bagaimana menghafal rajah dalam subjek Sains

 

 

Bagaimana menghafal senarai isi penting dan tarikh.

 

 

Bagaimana formula boleh bertukar menjadi ini.

 

 

Bagaimana tarikh boleh bertukar menjadi ini.

 

 

Bagaimana fakta yang sukar dihafal boleh bertukar menjadi ini.

 

 

5893548217653764781474882597463444037071

 

Bagaimana senarai nombor ini boleh dihafal dalam masa yang sangat singkat. Ia akan membuktikan bahawa nombor atau tarikh dalam sukatan pelajaran juga boleh diingat dengan mudah.
(Cuba anda ambil masa 5 minit dan hafal nombor 40 digit ini. Kemudian, tulis semula sebanyak mana yang anda ingat mengikut turutan yang betul. Anda akan dapat lihat dan rasakan tahap kesukarannya.Bayangkan jika pelajar boleh menghafalnya dengan mudah dan boleh membaca dengan sempurna semua nombor-nombor ini setelah dihafal. Mereka bukan sahaja boleh baca dari depan ke belakang, malah dari belakang ke depan)

 

 

Syarat-syarat perjanjian Syarikat Hindia Timur Inggeris 7 Jun 1823
  • Sultan menerima bayaran sebanyak 1,500 dolar Sepanyol dan Temenggung menerima 800 dolar Sepanyol setiap tahun.
  • Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai daripada Tongkang Cina.
  • SHTI berkuasa di Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.
  • Undang-undang British dikuatkuasakan. .
Bagaimana tarikh dan isi kandungan perjanjian boleh diingat dengan lebih lama dan berkesan.

 

 

1.Bulan 11.Sawah
2.Pembaris 12.Muka
3.Tembikai 13.Gaji
4.Gajah 14.Limau
5.Sungai 15.Baldi
6.Kek 16.Rojak
7.Lintah 17.Pulau
8.Stokin 18.Gasing
9.Pasir 19.Jujur
10.Gula 20.Gari
Bagaimana senarai kata kunci boleh dihafal dengan tepat, cepat dan mengikut susunan yang betul.

 

Siapakah yang akan mengendalikan kursus ini?

 

Kursus Motivasi & Kemahiran Belajar ini dikendalikan sepenuhnya oleh Osman Affan.

 

Osman Affan berpengalaman mengendalikan program-program berbentuk motivasi dan kemahiran belajar sejak tahun 2003.

Beliau bukan sahaja mengendalikan program sebegini untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah sahaja, malah di peringkat kolej dan universiti juga.

 

 

Apa kata mereka tentang program kendalian Osman Affan?

 

 

    "Osman mampu mengawal peserta program beliau dengan mudah, bukan sahaja melalui personaliti beliau yang mesra malah melalui isi kandungan program beliau. Sesi yang dikendalikan oleh beliau adalah sentiasa menyeronokkan dan interaktif.”

Mohd Rizal Hassan
Learning Facilitator / Coach, Take Charge! Sdn Bhd

 

Program Motivasi & Kemahiran Belajar Osman Affan di sekolah-sekolah

Sekolah Seri Puteri
Cyberjaya

SK Kampung Baru
Kampung Baru KL
 

Osman Affan bermula mengajar teknik-teknik motivasi dan kemahiran belajar di pusat tuisyen beliau di Kuala Lumpur. Kemudian, beliau mula dijemput untuk mengendalikan program-program sebegini disekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak dan Pahang.

Antara sekolah-sekolah yang pernah menjalankan program bersama Osman Affan

  • SMK Taman Setiawangsa
  • SMK Desa Tun Hussein Onn
  • SMK (P) Jalan Air Panas
  • SMK Seksyen 2 Wangsa Maju
  • SMK Zon R1 Wangsa Maju
  • SMK Seri Bintang Utara
  • SMK Seri Tasek
  • Sekolah Seri Puteri
  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak
  • SMK Seri Pantai Kerinci
  • SK Jalan Air Panas
  • SK Kelana Jaya 2
  • SK Desa Tun Hussein Onn
  • SK Durian Burung Terengganu
  • Dan banyak lagi.
 

SMK Zon R1
Wangsa Maju

SK Jalan Air Panas
Kuala Lumpur

 

Osman Affan di rancangan motivasi 'Get Set Go', RTM 2

    "Pernahkah anda terfikir mengapa pelajar cemerlang kelihatan seperti langsung tidak belajar tetapi mereka masih boleh mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang? Bolehkah anda jadi seperti mereka?

    Tentu sekali boleh..... apa yang perlu anda lakukan ialah...kuasai teknik kemahiran belajar yang betul dan berkesan seperti teknik memori, teknik pengurusan masa dan juga teknik konsentrasi semasa belajar...... ”

Petikan & terjemahan daripada rancangan Get Set Go
Tajuk: The Mental Preparation Towards Becoming An Excellent Student

 

Osman Affan di rancangan 'Kolej Tun Sri Lanang',RTM 1

    "Seorang ketua tidak semestinya seseorang yang paling gagah, paling tangkas atau paling tampan. Seorang ketua yang hebat ialah ketua yang pandai menggunakan semua kekuatan ahli-ahlinya.

    Ketua itu mungkin tidak gagah, tetapi ada ahlinya yang gagah. Jadi kegagahan itu akan digunakan. Ketua itu juga mungkin tidak tangkas ...... ”

Ketika menjadi juri dan memberi taklimat mengenai penggunaan internet bagi seorang ketua.

 

Osman Affan bersama Syed Munawar, Selamat Pagi Malaysia RTM1

    "Ramai yang tidak tahu peranan internet untuk pemasaran. Saya sendiri, sebelum menggunakan internet, sukar untuk saya menyampaikan mesej kepada pelajar.

    Dengan adanya internet, lebih ramai lagi yang boleh membaca hasil tulisan saya dan mendapat pendedahan kepada buku-buku yang saya hasilkan...... ”

Ketika membincangkan tentang buku 'Menjual perkhidmatan diinternet' bersama Abang Syed Munawar.

 

Osman Affan di rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM 1
 

     

    "Masalah bagi pelajar ialah bukan azam mereka tertunda atau tidak boleh dicapai tetapi mereka sebenarnya tidak ada azam langsung atau tidak tahu apa yang hendak dicapai" ~Osman Affan~

 

Bersama Suhaimi dan Jee dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM1 bagi membicarakan soal azam tertunda.

 

Osman Affan di siaran Radio24
 

     

    "Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi mereka yang tersendiri untuk berjaya. Masalahnya, semangat mereka mungkin sudah jatuh disebabkan kegagalan masa lalu hingga mereka sangka mereka tidak punyai kelebihan seperti pelajar cemerlang lain. " ~Osman Affan~

Bersama Tengku Amylia dalam siaran radio24 bagi membicarakan tentang motivasi dan isi kandungan laman web www.OsmanAffan.com.

 

Osman Affan di segmen Motivasi Belajar rancangan Selamat Pagi Malaysia setiap Ahad
 

     

    "Pelajar mungkin pernah gagal pada masa lepas. Kegagalan ini boleh membentuk halangan minda di mana pelajar akan rasa mereka memang dilahirkan tidak pandai atau mereka memang tidak ada bakat dalam bidang pendidikan. " ~Osman Affan~

     

Mengendalikan segmen Motivasi Belajar dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM1 setiap hari Ahad.

 

Osman Affan di rancangan Motivasi Murid TV9
 

    Antara topik-topik yang dibincangkan di dalam rancangan tersebut ialah:

    • 7 Petua pandai Bahasa Inggeris
    • 7 petua Skor A
    • 7 Petua mudah ingat apa yang dipelajari
    • Teknik menghapuskan halangan minda
    • 7 Teknik motivasi diri menjelang peperiksaan

Mengendalikan rancangan Motivasi Murid untuk TV9.

 

Osman Affan di rancangan Hello On 2, RTM2
 

     

    "Kegagalan lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan sebenar yang terpendam di dalam diri pelajar. Jika pelajar diberi cukup pendedahan tentang kebolehan sebenar mereka, mereka pasti berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi."

    ~Osman Affan~

 

Bersama Anne dan Zamil dalam siaran langsung 'Hello on 2' RTM2

 

Osman Affan di rancangan Cahaya Permata, RTM1
 

    "Menghadiri kursus motivasi dan teknik belajar bukanlah seperti meletakkan adunan kek ke dalam ketuhar, bila keluar terus jadi kek. Menghadiri kursus ini semua umpama membuat ukiran batu. ia mungkin mengambil masa yang lebih lama tetapi hasilnya boleh kekal sangat lama."

    ~Osman Affan~

 

Bersama Anne Ngasri dalam rancangan Cahaya Permata RTM1

 

Osman Affan di rancangan Motivasi Pagi, TV3
 

    "Untuk ibu-bapa, apa kata luangkan sedikit masa berbual-bual dengan anak-anak tentang apa yang sedang berlaku atau tentang apa-apa sahaja. Apabila anak-anak sudah mula merasa seronok untuk berbual-bual dengan ibu-bapa, mereka akan lebih terbuka kepada berkongsi masalah dan cabaran yang mereka hadapi."

    ~Osman Affan~

 

Mengendalikan episod 1-5 rancangan Motivasi Pagi TV3 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah

 

Osman Affan di rancangan Cahaya Permata musim kedua, RTM1
 

    "Tidak salah jika ibu bapa mahu berbelanja dengan mewah untuk anak-anak. Namun lebih baik dipastikan anak-anak kita sanggup berbelanja mewah bukan hanya untuk kebendaan tetapi juga untuk proses menuntut ilmu. Saya banyak lihat pelajar yang berat hendak membeli buku atau kamus kerana dikatakan mahal. Tetapi, pelajar ini semua mampu memiliki handphone dan membeli prepaid setiap bulan."

    ~Osman Affan~

 

Bersama Anne Ngasri dalam rancangan Cahaya Permata musim kedua RTM1

 

Osman Affan di rancangan Motivasi Pagi, TV3
 

    "Merancang masa depan selepas peperiksaan adalah umpama kita melukis sebuah peta. Ia bermula dengan mengenal pasti destinasi yang hendak dituju. Jadi, apakah destinasi yang hendak anda tuju 10 tahun akan datang? "

    ~Osman Affan~

 

Mengendalikan episod 6-8 rancangan Motivasi Pagi TV3 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah

 

Osman Affan di rancangan Anggun Pesona, RTM2
 

    "Perbelanjaan perlu dirancang. Ini kerana jika tidak dirancang, wang akan habis tanpa dapat dikesan ke mana ia dibelanjakan. Lebih buruk lagi, kita akan jadi kedekut untuk berbelanja ke arah pendidikan. "

    ~Osman Affan~

 

Mengendalikan beberapa slot dalam rancangan Anggun Pesona, RTM2

 

Osman Affan di rancangan Motivasi Pagi, TV3
 

    "Jika anda mahu anak-anak anda membaca, satu soalan yang selalu tanyakan, adakah anda juga suka membaca? Jika anda jawab tidak, bagaimanakah agakanya anda mahu memupuk minta membaca di kalangan anak-anak anda? "

    ~Osman Affan~

 

Mengendalikan episod 9-12 rancangan Motivasi Pagi TV3 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah

Osman Affan di slot Motivasi Pagi, Selamat Pagi Malaysia, RTM1
 

    "Selama ini masih banyak lagi bakat yang masih terpendam di dalam diri kita. Bilakah agaknya bakat-bakat itu akan kita ketengahkan? "

    ~Osman Affan~

 

Mengendalikan 4 slot Motivasi Pagi dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM1

Osman Affan di rancangan Dian Iman,Motivasi bersama JAKIM, RTM1
 

    "Minat membaca boleh datang jika mulakan dengan membaca sesuatu yang kita minat dahulu. Jangan mulakan minat membaca dengan membaca sesuatu yang terlalu berat dan membosankan. "

    ~Osman Affan~

 

Mengendalikan 4 episod rancangan Dian Iman, kelolaan JAKIM, RTM1

 

Osman Affan di Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta Negara

Creating Solution

Fear Factor

 

 

Universiti Islam Antarabangsa

Osman Affan merupakan salah seorang penceramah utama bagi Student Learning Enhancement Unit (SLEU) di Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Pelbagai program telah beliau kendalikan untuk pelajar sejak tahun 2005

Antara program-program berkaitan pelajar yang dikendalikan oleh Osman Affan di UIA ialah:

  • Fear Factor - Teknik meningkatkan keyakinan diri
  • Examination Strategies - Teknik persediaan menghadapi peperiksaan.
  • Presentation skills - Teknik mempersembahkan hasil kerja dan teknik bercakap di depan khalayak ramai.
  • Study Skills workshop - Teknik-teknik motivasi diri dan kemahiran belajar.
  • Stress Management Skills - Teknik mengawal tekanan perasaan menjelang peperiksaan.
  • Peer Tutor Training - Teknik berkomunikasi dan mendidik rakan sebaya.
  • Creating Solution - Teknik minda, Fizikal dan Aksi dalam menyelesaikan masalah.
 

Peer Tutor Training

Presentation Skills

 

Study Skills Workshop

Examination Strategies

Stress Management Skills

 

 

 

     

    "Osman telah mengadakan beberapa program motivasi dan bengkel kemahiran belajar untuk SLEU sejak awal tahun 2005. Beliau telah berjaya mendapat maklum balas yang baik daripada pelajar setiap kali beliau menjalankan sesi beliau.

    Semangat beliau untuk menjalankan sesi yang baik dapat dilihat melalui persediaan beliau dalam menyediakan bahan dan persembahan yang menyeronokkan. Beliau adalah sangat professional dalam menyampaikan ceramah beliau.”

    Asst. Professor Dr. Norazian Md Nor
    Lecturer/ Head for Student Learning Enhancement Unit (SLEU) Universiti Islam Antarabangsa

     

 

    Osman adalah seorang pelatih/penceramah yang bersemangat, berkemampuan dan memahami keperluan peserta. Sesi program beliau adalah sentiasa dirancang dengan rapi dan teratur dan beliau sangat bijak membuat sebarang perubahan yang diperlukan.”

Salim Maldern
Professional Trainer / Consultant for SLEU, Universiti Islam Antarabangsa

 

Osman Affan di beberapa IPTA & IPTS lain

Kenali Potensi Diri
Universiti Kebangsaan M'sia

 

Pemasaran Internet
Politeknik SM Dungun

 

Kursus Keusahawanan
Kolej Polytech Mara, Cheras

 

Persediaan Temuduga Graduan
Graduan daripada Pahang

 

Team Building - TUDM
Open University Malaysia

 

Training of Trainers - TUDM
Open University Malaysia

 

Usahawan Kreatif
Universiti Malaya

 

Gerbang Kerjaya
Universiti Putra Malaysia

 

SmartStudy Learning Skills
Kolej Teknologi Islam Melaka

 

SmartStudy Learning Skills
Universiti Putra Malaysia

 

Emotional Intelligence
Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Kursus Kerjaya
UITM Kedah

 

Memory Skills
Matrikulasi UIA PJ

 

SmartStudy Learning Skills
Kolej Multimedia TM

 

SmartStudy Learning Skills
MEDCY, Matrikulasi UIA, PJ

 

Kursus kerjaya
IKM Lumut

 

SmartStudy Learning Skills
Kolej Kemahiran Tinggi Mara PJ

 

Pembangunan Modal Insan
KKTM, Pasir Mas

 

Pelajar Cemerlang
Universiti Darul Iman

 

SmartStudy Learning Skills
UITM Seri Iskandar Perak

 

Pembangunan Modal Insan
IKM Besut Terengganu

 

Effective facilitators
Uni. Tenaga Nasional Bangi

 

SmartStudy Learning Skills
UITM Shah Alam Selangor

 

Pembangunan Modal Insan
Kolej Komuniti Bentong

 

Towards 1st Class
Universiti Tun Hussein On Johor

 

E-Dagang untuk Pensyarah
IKM Lumut

 

SmartStudy Learning Skills
UITM Sarawak

 

SmartStudy Learning Skills
Politeknik Merlimau Melaka

 

Towards Dean's List
UITM Segamat Johor

 

SmartStudy Learning Skills
Politeknik Behrang Perak

 

SmartStudy Learning Skills
Politeknik Port Dickson

 

SmartStudy Learning Skills
UITM Sabah

 

SmartStudy Learning Skills
UITM Dungun

 

Beberapa pendapat pelajar, pensyarah dan peserta mengenai program kendalian Osman Affan .

Saya adalah salah seorang peserta yang hadir mendengar bicara tuan. saya kagum sebenarnya dengan cara penyampaian isi ceramah motivasi tadi. sebelum ini saya adalah seorang pelajar yang berada di ipt hanya untuk menghabiskan masa…saya tiada matlamat, tiada cita-cita. Hadir ke simposium kerjaya itu juga sekadar mengikut kawan.

Namun syukurlah kerana saya berpeluang mendengar input yang begitu merangsangkan saya untuk sedar dari tidur. sekarang saya tahu hidup saya bukan hanya untuk hari ini. terima kasih tak terhingga kepada pihak tuan dan syukur atas pemahaman yang diberikan olehNya kepada semua. merci.

~Alars, UKM~


Slot mengenali potensi diri adalah slot paling best dalam program simposium kerjaya hari tu..rasa masa pantas jer berlalu masa slot tersebut. Selepas slot tu saya mengharapkan slot berikutnya best macam slot ni tapi..harapan tidak kesampaian :(

...Tahniah dan terima kasih kepada Osman Affan kerana berjaya membawa slot itu menjadi slot yang paling best dan meninggalkan kesan positif serta semangat kepada kami.

~Hidayah Daud, UKM~


Assalammualaikum…pertama sekali ribuan tahniah kepada En. Osman Affan yang telah berjaya memberi ceramah motivasi yang boleh saya katakan teramat bagus.(Saya kasi 10 bintang!!!) Rugi rasanya bagi pelajar-pelajar UKM yang tidak dapat mendengar ceramah beliau. Saya adalah salah seorang peserta simposium kerjaya yang berlangsung di UKM Bangi tersebut.

Saya berasa cukup bertuah kerana dapat menghadiri ceramah motivasi beliau kerana banyak tips yang saya perolehi lebih-lebih lagi mengenai potensi diri dan penetapan matlamat. Selepas ceramah tersebut baru saya sedar yang saya kini mempunyai banyak perancangan dan matlamat. Namun walaupun saya mempunyai banyak matlamat,kadang-kadang saya lupa dan lalai serta tiada usaha ke arah mencapai matlamat tersebut.

~Awek Shin Chan, UKM~


“Program ini amat memberangsangkan, seronok dan banyak faedah-faedah yang saya boleh nampak. Cara beliau berceramah seperti bercakap dengan kami, jelas dan kreatif, banyak contoh-contoh yang terbaik yang boleh diikuti dan diamalkan seharian. Program ini juga dapat menarik minat saya yang anti kepada ceramah. Walau apa pun, tahniah dan saya amat berterima kasih kerana sudi datang berceramah memberi kami lebih semangat untuk berjuang mendapat apa yang kami impikan.”

~Aida Zulinda Zabadi, UITM Johor~


“Penceramah motivasi yang amat santai dan pandai menarik perhatian kami untuk terus menyertai bengkel ini sehingga ke akhirnya dengan keadaan yang bersemangat dan perkataan bosan tidak pernah terlintas di fikiran kami… Syabas!”

~Nur Syazana Shanan, Universiti Darul Iman Terengganu~


“Program ini amat berkesan untuk para pelajar dan program ini betul-betul membuatkan saya cukup berpuas hati dan kalau diberi peluang untuk menyertai program seperti ini lagi, saya akan menghadirinya sekiranya En Osman Affan penceramahnya.”

~Noor Hafiza Othman, Universiti Darul Iman Terengganu~


“Program ini telah membuka minda saya bahawa setiap kejayaan mahupun kegagalan berasal daripada kita sendiri. Justeru itu, saya telah buktikan minda yang positif memberi jalan untuk saya capai kejayaan. Syabas En Osman. Anda memang hebat!”

~Nur Iffah Aziz, Universiti Darul Iman Terengganu~


“Wow! I’m speechless! Penceramah sangat mahir berkata-kata hinggakan semua yang diajarkan dipraktikkan oleh saya sampai sekarang.”

~Akmal Hadi Sulaiman, UITM Segamat Johor~


"En. Osman Affan menjalankan program ini dengan begitu interaktif sekali. Saya sangat berpuas hati kerana para pelajar dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh program ini."

 

En. Suhaili Sarif
Pensyarah / Penasihat Program Usahawan Kreatif
Jabatan Syariah & Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

 


En Osman fasilitator yang 'pleasant'. Penyampaian beliau berkesan dan banyak ilmu baru dapat ditimba bersama sesi beliau. Semoga maju jaya.~

~Cik Nasirah Bt.Megat Halim~
Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas Kelantan

 


Program yang dijalankan oleh En Osman Affan teramat berguna untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita terutamanya dalam memantapkan keyakinan diri..... .

~En. Mohd Hairie B. Mohd Nashoha~
Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas Kelantan

 


Testimoni Pelajar Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Seri Puteri, CyberJaya untuk program "SmartStudy Learning Skills " oleh Osman Affan

 

'Sangat seronok. Amat bagus. One word for this - : B.R.I.L.L.I.A.N.T! Congratulations & Thanks.‘~Khairunnajihah Aqila Mohd Sufian~

‘SmartStudy Learning Skills memang menyeronokkan. Penceramah En Osman Affan memang seorang penceramah yang mantap. Tidak sia-sia mendengar ceramahnya selama 7 jam kerana banyak yang dapat diperolehi.’ ~Nur Nathrah Kamaruddin~

‘Program ini dapat membuatkan saya lebih yakin terhadap diri sendiri dan membuat saya menghafal dengan lebih mudah. Terima kasih En Osman Affan.’ ~Fatin Mastura Abdul Razak~

‘Program ini merupakan program yang amat bagus! Saya suka En Osman bukan sahaja memberi ceramah atau motivasi, tetapi beliau seperti ‘bercakap’ dengan kita semua! Satu kaedah pengajaran yang bagus! ~Fatimah Nadiah Mohd Hisham~

‘Saya rasa ini merupakan program motivasi yang paling menarik pernah saya hadiri. Semoga satu hari nanti kita dapat bertemu lagi.’ ~Faten Nur Artikah Johari ~

‘Ini merupakan program motivasi yang paling menyeronokkan yang pernah saya sertai.‘ ~Nur Fadzleen Izyana~

‘Program ini sangat bagus dan insyaallah akan memberi kesan positif kepada kami pelajar ELDATERRA 0711 SSP. Thank you En Osman.’ ~Nurul Atiqah Hj Samuri

‘Saya amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana menganjurkan program seperti ini. Keep it up doing this job! Saya memperoleh pelbagai teknik yang saya kira berkesan.’ ~Nur Afiqah Abdul Adzim Shukri~

Saya berharap agar lebih ramai lagi akan mengikuti program bersama En Osman Affan. Program yang dianjurkannya amat seronok, mudah difahami dan amat berkesan. Yang pastinya saya tidak mengantuk ketika programnya. Percayalah! ~Nur Farah Izzaty Zainal~

 

   

 

 
Hasil tulisan Osman Affan di akhbar, majalah, ebook dan buku.
 

Osman Affan adalah penulis untuk ruangan motivasi dan teknik belajar di Majalah Fokus SPM terbitan Karangkraf Sdn Bhd. Majalah ini adalah antara majalah rujukan utama pelajar tingkatan 4 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Osman Affan juga pernah menjadi penulis di ruang Motivasi dan Teknik Belajar di Akhbar Sinar Harian milik Karangkraf Sdn Bhd. bermula Januari 2007 hingga Mac 2007.

 

 

"..........Seorang pelajar perlu membaca banyak bahan bacaan tetapi dia tidak dapat membaca dengan laju. Jadi bahan bacaan tidak dapat dibaca kesemuanya.

Seorang pelajar perlu banyak mengingati fakta tetapi dia tidak tahu bagaimana cara mengingati apa yang telah dipelajari. Seorang pelajar perlu cekap dalam menyiapkan kerja sekolah yang banyak dalam masa yang terhad, tetapi dia tidak tahu cara menguruskan masanya.

Adakah pelik jika dia tidak boleh mencapai kejayaan?

Petikan daripada buku "Menjadi Remaja SmartStudy - Persediaan Minda Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang"

 

 

"Jika anda mahu mudah menghafal sesuatu, anda mesti tahu apakah bahasa memori anda. Adakah bahasa memori anda Bahasa Melayu? Bahasa Inggeris? Tahukah anda bagaimana bahasa memori ini boleh membuat anda cepat hafal sesuatu?"

 

Petikan daripada buku "Menjadi Remaja SmartStudy - Kemahiran Belajar "

 

"..........apa yang boleh anda lakukan ialah satu teknik yang saya namakan "mulakan dengan api yang kecil".

Motivasi di dalam diri anda adalah umpama api yang membara. Semakin besar api tersebut, semakin kuat semangat dan motivasi dalam diri anda untuk berjaya. Cara untuk menyalakan api semangat yang besar ini adalah dengan memulakannya dengan api yang kecil.

Persoalannya, tahukah anda bagaimana mahu menyalakan api yang kecil ini?

Petikan daripada ebook "7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan"

 

"Tips yang seterusnya ialah pelajari beberapa perisian lain. Apa maksud saya? Jika anda mahu pandai memasak, anda bukan hanya perlu pandai menggoreng atau merebus, malah anda perlu pandai memotong, memilih bahan yang baik, menghias, mengemas dan sebagainya. Begitu juga jika anda mahu pandai perisian PowerPoint ini..... "

 

Petikan daripada ebook "21 Tips Microsoft PowerPoint "

 

"Mana-mana subjek yang kita rasa mudah nak faham, senang nak skor dalam exam termasuk dalam kategori kekuatan kita. Kena ingat, subjek yang kita rasa mudah sahaja tidak bermaksud kita mudah nak skor dalam peperiksaan. Semasa saya dalam tingkatan 3, saya ada kenal seorang kawan melalui aktiviti silat. Kawan saya ni datang daripada sekolah lain. Semasa berbual dengannya, saya kata kepadanya, “subjek Sains susah kan? dah belajar pun susah nak skor...”

Petikan daripada ebook "7 Petua Skor A "

 

Sertai kursus SmartStudy Memory Skills yang penuh dengan KECERIAAN, KERIANGAN dan KECEMERLANGAN ini dan mulakan langkah anda untuk menjadi seorang pelajar cemerlang!

 

Bilakah tarikh dan di manakah lokasi program ini?

Kursus ini akan dijalankan di SmartStudy Centre, Taman Keramat Permai (Berhadapan dengan Masjid Muaz Bin Jabal, Taman Setiawangsa).

 

Daftar segera kerana tempat sangat TERHAD kepada 25 orang peserta sahaja!

 

Tarikh
Masa
Tempat
Penyertaan
Ahad, 23 November 2008
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Ahad, 30 November 2008
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Sabtu,13 Disember 2008
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Ahad, 14 Disember 2008
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Rabu, 17 Disember 2008
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Ahad, 21 Disember 2008
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Sabtu,27 Disember 2008
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Ahad,18 Januari 2009
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Ahad,1 Februari 2009
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Ahad,22 Februari 2009
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Ahad,22 Mac 2009
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Ahad,29 Mac 2009
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Sabtu, 30 Mei 2009
9.00 a.m. - 6.p.m.
UIA Gombak
Penuh!
Ahad, 31 Mei 2009
9.00 a.m. - 6.p.m.
UIA Gombak
Penuh!
Ahad, 19 Julai 2009
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
21 tempat lagi
Ahad, 26 Julai 2009
9.00 a.m. - 6.p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
20 tempat lagi

 

Berita HEBAT! Pendaftaran sebelum 15hb Julai 2009 akan menerima sebuah buku SmartStudy terbaru 'Tenang menjawab soalan peperiksaan' oleh Osman Affan.

 

Anda boleh memilih tarikh yang sesuai untuk anda. Tarikh ini perlu dinyatakan apabila anda menghantar maklumat mengenai pembayaran. Memandangkan tempat yang terhad, tarikh yang telah dipilih tidak boleh ditukar dan wang tidak akan dikembalikan.

 

Apakah yang akan anda terima jika menyertai kursus ini?

 

Dengan menyertai kursus ini, anda akan menerima:

Alat tulis, buku kerja dan sijil penyertaan akan diberikan

 

 

 

 

 

 

Minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan

 

Berapakah pelaburan anda untuk menyertai kursus ini?

 

 

Yuran penyertaan untuk kursus 1 hari ini ialah RM135.

 

Di tempat-tempat lain program teknik memori khusus begini mungkin dikenakan harga antara RM300 hingga RM400 sehari.

 

TERHAD kepada 25 orang peserta sahaja!

 

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi

Masnizam Maskor
: 017-6655 391
Emma
: 03-4260 1103

Terima kasih.

 

 

Daftar segera supaya anda tidak ketinggalan mengikuti kursus ini!

Klik di sini untuk mendaftar

(Pendaftaran juga boleh dilakukan di pejabat kami di Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur.)

 

Kenali Osman Affan dan program-program SmartStudy dengan lebih lanjut melalui laman web www.OsmanAffan.com.

Baca juga tips-tips, petua dan teknik belajar setiap hari di blog kepunyaan beliau di www.MotivasiBelajar.com.

(Klik pada pautan di bawah)

 

 

 

 

 

 

 

 

Tuan-tuan dan puan-puan ibu bapa yang saya muliakan,

Anak-anak kita mungkin belum lagi dapat melihat kepentingan kursus-kursus begini untuk kejayaan mereka di masa akan datang.

Apa yang anak-anak kita perlu tahu ialah kursus ini adalah hasil rujukan dan kajian daripada berpuluh-puluh buku dan seminar mengenai teknik belajar dan motivasi. Bayangkan berapa besar belanja yang harus dikeluarkan, dan berapa lama masa yang perlu diambil jika ilmu ini semua mahu diperolehi secara berasingan.

Lebih menarik lagi, melalui kursus ini, mereka boleh lihat bahawa belajar sebenarnya adalah satu proses yang sangat menyeronokkan.

Sekali lagi saya doakan kejayaan untuk anak-anak kita.

Semoga kita bertemu nanti.

 

 

 


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi

Masnizam Maskor
: 017-6655 391
Emma
: 03-4260 1103

Terima kasih.


 

 


4 langkah untuk mendaftar.

1. Buat pembayaran melalui cara dibawah. (Tempat hanya disediakan kepada peserta yang telah membuat pembayaran.)

2. Hantarkan maklumat pembayaran melalui fax (03-4147 4872) atau email(info@motivasibelajar.com). Tempat akan disahkan setelah kami menerima bukti pembayaran.

3. Hantarkan juga maklumat bagaimana kami boleh menghubungi anda (sangat penting).

4. Terima pengesahan pembayaran daripada krew SmartStudy

 

Bayaran RM 135 boleh dilakukan menggunakan:

Bank-in

(Boleh dilakukan menggunakan Maybank2U.com)

Cek

Wang Pos / Kiriman Wang

(Pendaftaran juga boleh dilakukan di pejabat kami di Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur.)

Creative Questions Enterprise
No 6-1, First Floor
Jalan AU 1A/4C
Taman Keramat Permai
54200 Kuala Lumpur
Malaysia

Email: info@MotivasiBelajar.com

Waktu Pejabat

Isnin - Jumaat
:1.00 p.m. - 10.00 p.m.
Sabtu & Ahad
:9.00 a.m. - 4.00 p.m.
Rabu
: Cuti
Telefon
: 03-4260 1103 (Emma)
Fax
: 03-4147 4872

 


Bank-in

Berikut adalah maklumat yang diperlukan.

Bank: Maybank Berhad

Nombor Akaun : 5121-8312-9470

(Boleh dilakukan menggunakan Maybank2U.com)

Nama: Creative Questions Enterprise

Jumlah bank-in: RM135

Selepas membuat bayaran, sila emailkan kepada kami bank-in slip anda bersama maklumat berikut:

  • Tarikh program
  • Nama Peserta
  • Umur
  • Nama Sekolah
  • Alamat surat menyurat
  • Alamat E-Mail anda
  • Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit

Hantarkan email kepada kami di info@MotivasiBelajar.com



Cek

Pembayaran cek RM135 dibuat kepada:

Creative Questions Enterprise

Hantarkan cek tersebut ke:

Creative Questions Enterprise
No 6-1, First Floor
Jalan AU 1A/4C
Taman Keramat Permai
54200 Kuala Lumpur
Malaysia


Sila turut sertakan maklumat berikut di belakang cek:

  • Tarikh program
  • Nama peserta
  • Umur
  • Sekolah
  • Alamat surat menyurat
  • Alamat E-Mail anda
  • Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit

Kami akan menghubungi anda sejurus selepas cek anda diluluskan.


Wang Pos/Kiriman Wang

Sila lakukan pembayaran Wang Pos/Kiriman Wang RM135 tersebut di bawah:Creative Questions Enterprise

Dan hantarkan kepada:

Creative Questions Enterprise
No 6-1, First Floor
Jalan AU 1A/4C
Taman Keramat Permai
54200 Kuala Lumpur
Malaysia


Sila turut sertakan maklumat berikut:

  • Tarikh program
  • Nama peserta
  • Umur
  • Sekolah
  • Alamat surat menyurat
  • Alamat E-Mail anda
  • Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit

Kami akan menghubungi anda sejurus selepas kami menerima Wang Pos anda.

 


© All Rights Reserved 2007-2009. www.SmartStudy.com.my